AMALAN DAN DOA MALAM NISFU SYABAN
Berikut Adalah Amalan - Amalan Dan Doa Pada Malam Nisfu Syaban: 1. Solat Sunat Nisfu Syaban Solat sunat Nisfu Syaaban adalah termasuk dalam solat sunat mutlak, yang dilakukan pada waktu malam 15 Syaaban. Ia boleh didirikan selepas mengerjakan Solat Maghrib, Isyak atau bersama solat-solat sunat qiamullail. Sesungguhnya Malam Nisfu Syaaban ini adalah kesempatan untuk menyuci dan memperbaiki diri dengan meminta ampun dan mohon diubah segala yang tercatat dikitab Azali kearah positif bagi menginsafi dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Cara Mengerjakan Solat Sunat Nisfu Syaaban: 1. Lafaz niat: Usolli sunnata lailati nisfi sya’bana rak’ataini lillahi taala Maksud: Sahaja aku solat sunat malam nisfu Syaban dua rakaat kerana Allah Taala 2. Rakaat pertama baca surah al-Fatihah dan surah al-Kafirun. 3. Rakaat ke dua, selepas al-Fatihah baca surah al-Ikhlas. 4. Teruskan solat sehingga selesai. Selepas memberi salam, ba...